Sunday, February 25, 2007

SENARAI NAMA GURU BESAR

1. GURU BESAR 1957 ~ 1977 PUAN R. RAJARATNAM

Beliau merupakan Guru Besar SK Tengku Mariam yang pertama.Beliau telah berkhidmat selama 20 tahun,dari tahun 1957 hingga 1977.

2. GURU BESAR 1978 ~ 1986 CIK CHUA MEO CHING

Beliau merupakan Guru Besar yang kedua. Beliau bertugas dari tahun 1978 hingga 1986.

3. GURU BESAR 1986 ~ 1993 PUAN KHADIJAH IBRAHIM

Beliau dilantik menjadi pentadbir sekolah ini selama 7 tahun,dari tahun 1986 hingga 1993.

4. GURU BESAR 1993 ~ 1998 CIK CHUA MEO CHING

Beliau sekali lagi melangkah masuk bagi menduduki tempat Guru Besar yang telah dikosongkan oleh PUAN KHADIJAH IBRAHIM dari tahun 1993 hingga beliau bersara pada tahun 1998.

5. GURU BESAR 1998 ~ KINI PUAN RUHAINI KASBI

SK Tengku Mariam sekali lagi menerima Guru Besar yang baru,PUAN RUHAINI KASBI pada pertengahan tahun 1998.Beliau telah memegang amanah dan tugas sebagai Guru Besar SK Tengku Mariam hingga kini.

IMBASAN SEJARAH SEKOLAH

` PRIMARY GIRLS SCHOOL ` telah ditubuhkan pada 8 September 1957 bertempat di sebuah lembah kecil di hujung Jalan Lim Yew Leong,Batu Pahat.Ini merupakan hadiah istimewa bagi Daerah Batu Pahat bersempena dengan kemerdekaan negara kita pada 31 Ogos 1957.

Tanggal 1 Mac 1958, sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berbahagia Datin Maznah binti Dato’ Awang iaitu isteri kepada Tuan Pegawai Daerah Batu Pahat pada ketika itu.Dalam majlis perasmian tersebut,`Primary Girls School` telah diubah kepada `Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam` bersempena nama bonda saudara Sultan Johor sekarang.Tengku Mariam adalah puteri Sultan Johor yang kedua,Almarhum Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

Sewaktu sekolah ini ditubuhkan,sekolah ini hanya mempunyai empat bilik darjah,lapan orang tenaga pengajar dan tiga ratus enam puluh lima orang murid.Pada tahun 1959,dua buah bilik darjah dibina.Pada tahun 1962 ditambah pula dengan dua bilik darjah lagi serta sebuah klinik gigi .Untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai,enam buah bilik darjah dan sebuah kantin telah dibina pada tahun 1971.Pada tahun 1987,sebanyak lima buah bilik darjah telah dibina lagi.Pada tahun 1989 dan 1991 pengubahsuaian tandas dan kantin telan dilakukan.

Memandangkan semakin hari semakin ramai murid mendaftar di sekolah ini,maka pada tahun 1997 projek membina sebuah bangunan empat tingkat dimulakan. Pada tahu 2000 bangunan ini telah siap dibina dan dapat digunakan sepenuhnya.Bangunan ini terdidi daripada enam bilik darjah,bilik sumber,sebuah bilik mesyuarat,sebuah bilik komputer dan sebuah Bilik Sukan .Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam kini mempunyai enam blok bangunan,sebuah surau dan sebuah kantin.

Sejak penubuhan sekolah ini,pelbagai kemajuan pesat dari segi akademik telah dicapai.Prestasi pelajarnya amat cemerlang dalam setiap peperiksaan telah menjadikan ramai bekas pelajarnya menjawat jawatan yang membanggakan.Sehingga kini kejayaan demi kejayaan yang dicapai dengan cemerlang telah meletakkan SK Tengku Mariam di antara sekolah yang terbaik dan terkenal di Malaysia.